DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT

Dari Ibnu Umar r.a berkata; Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Bila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (HR Bukhari)

HIRAH KEPADA YANG LEBIH BAIK

Dari Umar bin Al Khattab r.a bahawa Nabi SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari)

KEUTAMAAN AL QURAN

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Dari Uthman bin Affan r.a bahawa Nabi SAW bersabda; Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Bukhari)

 

  • Sedekah

    Hulurkan Sumbangan Anda

    Surau Al Taqwa mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak bagi menampung kos pengurusan dan juga pelbagai program yang dianjurkan.

    Semoga Allah membalas kebaikan kepada semua penderma.

    Baca lagi
  • hubungi
    Pengerusi : 019 777 7614 - En. Azad Anugerah
    Setiausaha: 013 771 9350 - En. M Sallehuddin
    Bendahari: 013 745 3535 - Hj. Samiin

Koleksi Hadis